Pages

Monday 28 November 2011

Saya,Media & Teknologi

Budaya pembelajaran sentiasa berubah. Teknologi dan media memainkan peranan utama dalam perubahan ini.Sebagai seorang guru abad ke-21 kita harus berusaha mendampingi dan menerima dengan hati yang terbuka semua teknologi dan media yang mampu menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Terdapat begitu banyak teknologi di luar sana yang dikenali sebagai Web 2.0; Wiki, Blog, Prezi, jaringan sosial dan sumber yg tiada batasan iaitu internet.Secara tidak langsung,guru dan pelajar merubah pengalaman bilik darjah dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media sebagai komponen penting dalam pembelajaran.

Persoalannya..Bagaimana dan Di mana guru boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan landskap teknologi dan media yang hampir setiap hari berubah?

No comments:

Post a Comment