Pages

Saturday, 3 December 2011

Konsep & Kemahiran Asas Dalam Fizik

Definisi secara operasi
menghuraikan langkah-langkah yang diambil untuk menentukan nilai sesuatu konsep
contohnya; 

  • menentukan luas daun menggunakan kertas graf
  • isipadu ialh bilangan blok berukuran 1cm padu yang bolehdimuatkan dalam sesuatu objek
  • meter ialah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam vakum dalam masa 1/299792458 saat
Penaakulan nisbah dan bahagi


  • 10N/KG: 10 jumlah daya yang bertindak keatas 1kg objek
  • 3RM/5KG: nilai harga yang perlu dibayar untuk  setiap 1kg barang
Pentafsiran graf
Graf merupakan salah satu cara komunikasi.Kecerunan sesuatu graf merupakan sifat sesuatu objek.Graf ditafsir berdasarkan bentuk graf yang diperoleh

Miskonsepsi

Miskonsepsi merupakan kefahaman atau kepercayaan yang tersasar daripada yang asal
Antara ciri-ciri miskonsepsi ialah sukar diubah,berasal daripada pengalaman dan kurang kefahaman




Kes miskonsepsi:
  • Objek panas mengandungi lebih banyak haba daripada objek sejuk
Sebenarnya, objek tidak dapat mengandungkan haba kerana haba merupakan tenaga yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat.
  • objek ringan timbul objek berat tenggelam
tenggelam dan timbulnya sesuatu objek bergantung kepada ketumpatan bahan,bendalir & daya apungan/tujahan  

Pembelajaran kooperatif


                 Apa yang penting??kerjasama!!!!




Prinsip pembelajaran kooperatif

  • saling bergantungan antara satu sama lain dalam mencapai  matlamat
  • interaksi(duduk berdekatan dan saling berbincang)
  • melakukan penilaian keatas pencapaian kumpulan;sejauh mana tahap pengetahuan
  • akauntabiliti-bertanggungjawab ke atas diri sendiri terhadap apa yang dipelajari
  • kemahiran kooperatif-kemahiran sosial(setiap orang aktif bekerjasama)

Terdapat 6 teknik dalam pembelajaran kooperatif:

  • JIGSAW
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (kumpulan asal).Kemudian setiap ahli dalam kumpulan asal masuk ke kumpulan pakar untuk berbincang dan mencari maklumat tentang topik masing-masing. seterusnya, balik semula ke kumpulan asal tadi untuk memberitahu tentang maklumat yang mereka peroleh daripada kumpulan pakar tadi.
  • STAD-student team achivement division
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan berbincang tentang topik yang diberi. Semasa perbincangan ini,pelajar yang telah faham dan menguasai topik tersebut mengajar rakannya yang belum faham.Seterusnya, kuiz dilakukan untuk mengetahui dan menguji kefahaman pelajar
  • GI-group investigation
Teknik ini lebih  menekankan kepada aktiviti penyiasatan secara berkumpulan iaitu melakukan eksperimen 
  • TGI- team games tournament
Teknik ini lebih menjurus kepada pemerolehan skor oleh pelajar.Pelajar akan bertanding dalam satu permainan untuk mendapatkan skor.Pembahagian kumpulan seperti dalam teknik JIGSAW. Perbezaannya ialah teknik ini menghendaki pelajar bertanding dalam satu pertandingan contohnya seperti kuiz semasa berada di kumpulan pakar.Kemudian,keseluruhan skor untuk setiap kumpulan dikira hasil daripada skor yang diperoleh oleh setiap ahli semasa bertanding d kumpulanpakar tadi.  
  • TAI- team accelerated instruction
Teknik ini sama seperti teknik STAD
  • Numbered head together
Teknik ni sama seperti teknik JIGSAW.Pembahagian kumpulan seperti teknik JIGSAW iaitu ada kumpulan asal dan kumpulan pakar. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan ialah lebih kepada soalan. Setiap ahli  dalam kumpulan akan menjelaskan jawapan kepada kumpulan asal setelah berada dalam kumpulan pakar tadi. Oleh itu,  setiap ahli dalam kumpulan asal dapat mengetahui  semua jawapan kepada setiap  soalan yang diberikan.Perbezaannya, guru akan tanya soalan kepada pelajar di akhir perbincangan.Guru akan menanyakan soalan no 1 kepada pelajar yang mencari maklumat tentang soalan no 2  semasa di kumpulan pakar.

Monday, 28 November 2011

My Prezi

Saya, Media & Teknologi


http://prezi.com/sozcqtbr6kc1/rosedya-media-teknologi/

Saya,Media & Teknologi

Budaya pembelajaran sentiasa berubah. Teknologi dan media memainkan peranan utama dalam perubahan ini.Sebagai seorang guru abad ke-21 kita harus berusaha mendampingi dan menerima dengan hati yang terbuka semua teknologi dan media yang mampu menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Terdapat begitu banyak teknologi di luar sana yang dikenali sebagai Web 2.0; Wiki, Blog, Prezi, jaringan sosial dan sumber yg tiada batasan iaitu internet.Secara tidak langsung,guru dan pelajar merubah pengalaman bilik darjah dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media sebagai komponen penting dalam pembelajaran.

Persoalannya..Bagaimana dan Di mana guru boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan landskap teknologi dan media yang hampir setiap hari berubah?

Wednesday, 16 November 2011

Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

                Mengaplikasikan  Taksonomi Bloom


Step in teaching skillful thinking






  • Step 1:Make explicit what the the thinking
  • Step 2:give student guide practice in doing thinking skillfully as they engage with the content
  • step 3:prompt student to employ one or more relevant habit of mind
  • step 4:prompt the student to think about thinking(metacogntion)
#prompt-bantu ingat

Taksonomi bloom diaplikasikan semasa mengklasifikasikan peringkat pemikiran bermula daripada peringkat pengetahuan sehingga penilaian
  • category knowledge(pengetahuan)
label,name,list,describe
  • category understanding(kefahaman)
classify,describe,explain,phraphase,translate
  • category application(aplikasi)
use information to solve problem,use knoeledge in a new situation
  • category analysis(analisis)
seperate material into component part(identify,differentiate)
  • category synthesis(sintesis)
engage to creative thinking to make something new(design/create)
  • category evaluation(penilaian)
to judge something,to make decision

Pembelajaran Berasaskan Masalah/PBL











Pembelajaran berasaskan masalah ialah pembelajaran yang dimulakan dengan senario masalah















PBL Thinking Template
Facts
Idea
Learning issue
Action plan







Step in PBL
  1. Group setting
  2. Problem identification
  3. idea generation
  4. learning issue
  5. self-directed learning
  6. synthesis and applicationn
  7. reflection and feedback 
Comparison
PBL approach
Traditional approach
facilitator
lecturer
problem
content
Problem solver
student





Friday, 21 October 2011

Kemahiran mikropengajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran


Kemahiran mikropengajaran/microteaching skill

  • Kemahiran memulakan pengajaran
  • Kemahiran menyoal
  • Kemahiran menerang
  • Kemahiran memperkukuh
  • Kemahiran menutup
  • kemahiran membuat refleksi


Kemahiran memulakan pengajaran
Tujuannya untuk:
  • menarik perhatian pelajar
  • membantu pelajar bersedia dengan tajuk yang akan diajar
  • memperkenalkan objektif pembelajaran
  • membina aliran pemikiran
  • mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar


Terdapat 4 langkah dalam kemahiran ini iaitu

1)menarik perhatian
  • melalui suara,pergerakan,isyarat dan eye contact
  • menggunakan alat pandang dengar contohnya video
  • mempelbagaikan interaksi


2)menimbulkan motivasi
  • mewujudkan hubungan baiK
  • menunjukkan keghairahan
  • ransang sifat ingin tahu contohnya melakukan demonstrasi
  • bercerita


3)menstrukturkan p&p
  • menunjukkan hasilpembelajaran
  • buat ringkasan keseluruhan aktiviti p&p
  • cungkil idea pelajar tentang tajuk atau konsep yang akan diajar


4)membuat perkaitan melalui
  • banding dan beza
  • pengetahuan sedia ada
  • pengalaman atau kejadian semasa yang berkait dengan pelajar


cara-cara mencungkil idea pelajar
  • perbincanagn kumpulan(1 minit/2 minit)
  • soal jawab
  • demostrasi guru(kena ada penyoalan kepada pelajar)
  • kuiz pendek
  • ramal-perhati-terang(dalam konteks demostrasi)
  • peta konsep
  • kartun konsep
  • peristiwa bercanggah(dalam konteks ramal-perhati-terang tetapi ada percanggahan)
  • interview about events
  • interview about instances


kartun konsep
menggunakan beberapa perwatakan kartun yang memberikan pendapat yang berbeza
boleh buat komik ni,,,
  • berkaitan dengan fenomena harian kita
  • idea dah diletak dalam kotak dialog

cara nak cungkil idea pelajar
-cikgu tanya:Watak yang mana kamu setuju?
-Kosongkan kotak dialaog dan suruh murid isi

Peta konsep
  • Gambaran visual yang mengaitkan sesuatu konsep
  • Gambaran visual yang terkandung konsep yang menghubungkan istilah-istilah
  • Anak panah = menghubungkan konsep dengan konsep yang lain
  • Memerlukan kefahaman yang tinggi dan kemahiran membuat ayat
  • Ayat bermula dengan konsep dan berahir degan konsep

Boleh gunakan kaedah peta konsep semasa refleksi(model pengajaran 4 fasa)
Dapat membezakan peta konsep pada peringkat awal dan akhir pembelajaran pelajar sekaligus dapat mengatahui tahap kefahaman pelajar

Kemhiran menyoal
Dalam kemahiran ini guru tidak memberikan jawapan kepada pelajar tetapi membantu pelajar sehingga memperoleh jawapan

Tujuan kemahiran ini ialah:
  • Memulakan inkuiri
  • Melibatkan pelajar secara aktif
  • Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
  • Membina kemahiran berfikir
  • Meminta penjelasan idea pelajar
  • Mengelaskan dan menangani miskonsepsi


Terdapat 5 langkah dalam kemahiran ini

1)Tujukan soalan kepada keseluruhan kelas
  • Dahului lontaran soalan dengan isyarat seperti tepuk tangan atau pemberithuan peraturan menjawab contohya angkat tangan
  • Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek
  • Elakkan soalan retorik(soaln yang tiada motif/soalan yang cikgu tanya dan cikgu jawab)
  • Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan iaitu pelbagaikan ara soalan
  • Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam


2)Memberi masa berfikir yang sesuai
Berdasarkan aras soalan
Soalan susah bagi masa yang lama


3)Memilih pelajar untuk menjawab
  • Elakkan pelajar jawab ramai-ramai
  • Jangan hanya pilih pelajar yang selalu angkat tangan
  • Pilih secara rawak
  • Panggil  nama pelajar


4)Memberi respons atau reaksi kepada jawapan
  • Pastikan pelajar lain bagi perhatian kepada pelajar jawapan
  • Jangan adili jawapan pelajar
  • Jika jawapan salah, tanya pelajar lain yang boleh bantu
  • Beri galakan-bagi clue atau ringkaskan soalan supaya pelajar mudah faham
  • Tanya lebih lanjut
  • Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain
  • Kaitkan semua idea pelajar

5)Memberi penekanan atau membuat ringkasan tepat/boleh diterima

  • Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab
  • Gunakan alat pandang dengar
kemahiran menerang

Libatkan pelajar.Jangan hanya guru yang bercakap
antara tujuan kemahiran ini ialah untuk membina pengetahuan dan kefahaman pelajar

Jenis Penerangan
  • penaakulan:menggunakan proses logik
  • interpretif:guna idea,konsep,prinsip@teori
  • diskriptif:hurai proses,struktur,prosedur

Prinsip utama 
  • Penerangan mesti jelas:guna bahasa yg mudah,elak kekaburan & ayat tidak relevan
  • Gunakan penegasan:melalui gerak isyarat
  • Urutan:pelbagaikan kelajuan penyampaian,bantu ingat
  • Dapatkan maklum balas:libatkan pelajar
kemahiran memperkukuh

tujuannya untuk memotivasikan pelajar,meningkatkan keyakinan&semangat pelajar,meningkatkan kefahaman

Komponen
  • guna bahasa lisan
guna kiu lisan seperti UM,AHAA,TERUSKAN  iaitu galakan pelajar untuk berfikir lanjut,guna frasa positif
  • guna tindakan bukan lisan
guna bahasa isyarat seperti SENYUM,TEPUK TANGAN,SENYUM,MENDENGAR DENGAN TEKUN





  • guna ganjaran              
ganjaran seperti lawatan,bermain permainan,mendidik,batalkan kerja rumah  





  • guna jawapan pelajar
susun semula jawapan pelajar,ulang jawapan pelajar,tulis jawapan di papan


Prinsip
  • tunjukkan kemesraan:masukkan unsur humor
  • berfikiran terbuka
  • pelbagaikan kaedah
  • ikhlas
kemahiran menutup

  • Aspek kognitif
buat refleksi&kesimpulan tentang perkara yg dipelajari,bagi kerja rumah
  • Aspek sosial
pelajar dapat kepuasan belajar.jadikan pelajar berasa apa yang dipelajari istemewa

  • Aspek metakognitif(proses berfikir ttg berfikir)
membuat perkaitan dengan pembelajaran akan datang


kemahiran membuat refleksi




tujuannya ialah untuk muhasabah dirisetelah selasai mengajar

Komponen
  • kenalpasti masalah/kesilapan
  • kenal pasti penyebab
  • melihat masalah dari sudut berbeza
  • mengenalpasti kekuatan
  • menyatakan pengajaran/kesedaran yg diperoleh
  • cara menyelesaikan masalah(harapan)/langkah-langkah

Friday, 14 October 2011

Pengajaran inkuiri

Inkuiri saintifik


  • Proses mencari maklumat,menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling
  • terdapat 4 komponen iaitu:
  1. asking question
  2. plan &completing investigation
  3. answering the question
  4. communicating the result to other
sains bersifat empirik,kreatif dan imaginatif.dipengaruhi teori dan boleh berubaha-rubah.sains juga mempunyai terapan sosial dan budaya.ia merupakan usaha atau ikhtiar manusia

take note: menyiasat tidak semestinya buat eksperimen.

inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.apa beza?
  • inkuiri terbimbing bergantung kepada tahap bimbingan guru
  • inkuiri terbuka banyak daripada pelajar

Teaching unit & lesson plan

Unit pengajaran:
merupakan pelan intruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran,disusun dengan teliti dan menngandungi perihalan tentang


  • tajuk dan kegunaan unit
  • pengetahuan sedia ada pelajar
  • analisis isi kandungan pelajaran
  • bahan bantu mengajar dan belajar
  • kaedah pengajaran dan pembelajaran
  • pelan penaksiran
  • rancangan pelajaran harian
inilah tugasan aku yang ke-2..teaching unit & lesson plan

Seterusnya...apa tujuan unit pengajaran ni ye???penting sangat ke
  • membolehkan pengajaran menjadi sistematik dan berjalan dengan lancar
  • memudahkan guru.guru tahu apa yang perlu diajar dan dibuat
ape pulak beza thinking base dan project learning base??
  • pengajaran thinking base mengambil masa yang pendek
  • pengajaran project learning base mengambil masa yang lama.kebiasaanya lebih daripada 4 minggu.macam project base learning yang Dr Nurulhuda suruh kami buat tu
assingment project base learning dan thinking base nilah kami kena buat..

Wednesday, 5 October 2011

Relevankah tenaga nuklear di Malaysia

        
 Bersamaan 3 oktober kami telah mengadakan pertandingan debat antara kumpulan.Pertandingan ini dijalankan semasa kelas pengajaran,teknologi dan penaksiran. Terdapat 5 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut.Pertandingan debat ini merupakan salah satu project base learning kami.Setelah itu 5 kumpulan tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pembangkang dan kerajaan.Kumpulan kerajaan diwakili oleh kumpulan physic group 1,geng bas sekolah dan miss world physic.Manakala, kumpulan pembangkang diwakili oleh kumpulan kami iaitu cikguphysic dan teknologi54 .
     Tajuk perdebatan tersebut ialah relevankah pembinaan loji nuklear di Malaysia. Pihak kerajaan dan pihak pembangkang telah mengusulkan fakta masing-masing.Pelbagai isu hangat dan semasa didebatkan dalam pertandingan ini.Perdebatan menjadi begitu hangat.Tambahan pula,wakil debat untuk setiap kumpulan menyusulkan usul mereka dengan yakin sekali. Setelah itu, kami dibenarkan menanyakan soalan kepada pihak pembangkang dan  kerajaaan. Perdebatan ini berlangsung  lebih kurang dua jam setengah. 
     Akhir sekali,pensyarah kami iaitu Dr Nurulhuda memberikan komen beliau terhadap pertandingan ini.Beliau berpendapat,pihak kerajaan kurang mengusulkan tentang teknologi dan kepakaran yang digunakan dalam menjamin keselamatan orang ramai.Sedangkan isu keselamatan merupakan isu hangat yang menyebabkan orang ramai menentang pembinaan loji nuklear ini.Namun begitu, saya berasa amat berpuas hati dengan pertandingan debat ini.

    Bersamaan 4 oktober iaitu hari isnin, kami meneruskan project base learning tersebut dengan menjalankan seminar yang bertajuk relevankah Malaysia dan nuklear.seminar tersebut diadakan di auditorium utama semua warga upsi dan pelajar sekolah di beberapa buah sekolah dijemput untuk menghadiri seminar tesebut.kami telah menubuhkan jawatankuasa khas dalam menjayakan seminar ini dengan lancar. Kami telah menjemput wakil daripada agensi nuclear Malaysia untuk memberi ceramah di seminar ini. Selain daripada itu, kami turut membentangkan hasil kajian kami tentang relevankan loji nukear dibina di Malaysia di dalam seminar ini daripada setiap kumpulan. Seminar ini berlangsung dengan jayanya.
   Pelbagai input yang berguna telah kami pelajari daripada project base learning ini. Selain daripada memperoleh banyak maklumat baru mengenai tenaga nuklear , kami turut memperoleh kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis, dan kemahiran menguruskan sesuatu projek. Di samping itu juga,nilai-nilai murni  seperti bekerjasama dalam kumpulan,menepati masa amat diperlukan.sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli AT12 terutama cikguphysiciut

terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan projek base learning ni dengan jayanya

            thank you very much, ike puyu seko samah

Sunday, 2 October 2011



KeMaHiRan ProsES sAinS

  1. Memerhati:
  • Dipengaruhi pengalaman dan pengetahuan yang lalu
  • Menggunakan deria rasa, bau dan penglihatan
  1. Mengelaskan:
  • Memerhati dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena
  • Mengumpulkan berdasarkan ciri-ciri sepunya
  1. Mengukur dan menggunakan nombor:
  • membanding objek menggunakan nombor
  • mencatat bacaan dengan betul
  • menggunakan unit dengan betul
  • menggunakan skala dan menerangkan nisbah
  1. Membuat inferens:
  • Membuat kesimpulan awal
  • menerangkan objek berdasarkan pemerhatian
  • Mungkin betul atau tidak
  1. Meramalkan:
  • kemahiran menentu atau menjangkakan hasil perubahn berdasarkan pemerhatian
  1. Berkomunikasi:
  • mengemukakan idea dalam bentuk graf,gambar rajah
  • kemahiran mendengar idea orang lain dan bertindak balas kepada idea tersebut
  • kemahiran menerima dan mendengar(idea)
  1. Mengguna perhubungan ruang dan masa:
  • kemahiran menghubungkan ruang dan masa
  • proses menunjukan lokasi,arah, dan bentuk sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
  • contohnya objek bergerak dengan halaju,pengembangan bola ping pong
  1. Mentafsir data:
  • proses penerangan yang rasionaltentang objek,peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul
  • maklumat dikumpul dalam pelbagai bentuk
  1. Mendefinisi secara operasi:
  • memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
TAPI....Apakah perbezaan DEFINISI SECARA KONSEP & DEFINISI SECARA OPERASI
  • Definisi secara operasi:dengan cara mengukur(menggunakan nombor).Contohnya jarak pancutan air diukur untuk mengukur tekanan cecair
  • Definisi secara konsep:biasanya berdasarkan teori  
  1. Mengawal pembolehubah
  • Bermaksud apa pelajar boleh lakukan dalam minda
  • pembolehubah yang boleh mempengaruhi keputusa eksperimen perlu dikawal
  1. Membuat hipotesis:
  • suatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesutu peristiwa
  • perlu diuji untuk menguji kesahihannya







  1. Mengeksperimen:
  • suatu penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis
  • melibatkan kesemua kemahiran proses sains
KuRikULuM

Apakah maksud kurikulum?
Terdapat banyak maksud kurikulum iaitu:

kurikulum ni...
  • sukatan pengajaran
  • buku teks
  • kursus yang diikuti
  • pelan akademik
  • pengalaman terancang
  • standard
  • pelan akademik
  • skop dan turutan
Dimensi kurikulum
Terdapat 5 dimensi kurikulum iaitu susunan,ciri pelajar,pelaksanaan,penaksiran dan penilaian.Akhir sekali ialah matlamat,tujuan dan isi kandungan

Jenis-jenis kurikulum
  • rasmi
  • operasi
  • tersembunyi
  • luar
  • nol
4 soalan TYLER
Soalan yang perlu dijawab sebagai panduan dalam merancang dan menggubal kurikulum

Tabii dan struktur pengetahuan

  • Pengetahuan ialah kefahaman yang datang dari kombinasi data,maklumat, pengalamn dan interpretasi peribadi
Jenis pengetahuan
  • deklaratif
  • tatacara
  • struktur
Pengetahuan diklasifikasikan 2 iaitu eksplisit dan tanpa kata-kata

Berdasarkan BLOOM terdapat 4 jenis pengetahuan:
  • fakta
  • konsep
  • prosedur
  • metakognitif
Apakah beza antara FAKTA,HUKUM & TEORI

  • FAKTA: Boleh diubah.Fakta yang ada pada hari ini boleh diubah atau tidak digunakan untuk hari-hari yang seterusnya
  • HUKUM:memperihal atau menceritakan sesuatu
  • TEORI: telah terbukti.menjelaskan aspek yang menggabungkan fakta ,hukum,inferens,hipotesis

Monday, 26 September 2011

Matlamat & Objektif Penagajaran

  1. Menentukan hasil pembelajarn
  2. Merancang aktiviti P&P
  3. Melakukan Penaksiran
  4. Memberi pengukuhan dan maklum balas



Ciri model pengajaran:
  • berpusatkan guru
  • berpusatkan pelajar

Matlamat VS Objektif... .... Apakah perbezaannya?
Objektif:
Perkara yang ingin dicapai dalam jangka masa yang pendek.Contohnya pelajar dapat menghuraikan kesan-kesan radioaktif

Matlamat:
Perkara yang ingin dicapai dalam jangka masa yang  panjang.Contohnya penguasaan pelajar terhadap subjek yang diajar.

Objektif pembelajaran VS Hasil pembelajaran..
           Apakah perbezaannya?

Objektif pembelajaran lebih bersifat am daripada hasil pembelajaran.contohnya pemahaman pelajar
Hasil pembelajaran lebih spesifik .Contohnya menghuraikan,menerangkan dan melukis tentang pelajaran yang diajar.


DEFINISI OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan,kemahiran dan sikap serta nilai yang diinginkan daripada aktiviti pembelajaran.Selain itu, merupakan suatu pernyataan yang ingin dicapai

DOMAIN
Terdiri daripada 3 iaitu kognitif,psikomotor dan afektif/pengetahuan,kemahiran,sikap dan nilai

Komponen objektif/hasil pembelajaran
  • Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran
  • kata kerja
  • objektif bagi kata kerja
  • konteks/keadaan
  • standard/kriteria


Kemahiran saintifik:
merupakan kemahiran untuk menjalankan sains.

Kemahiran proses sains VS Kemahiran manipulatif
kemahiran proses sains merupakan suatu pemikiran (minds-on) seperti infering,clasifying,predicting
kemahiran mnipulatif merupakan penyiasatan yang melibatkan psikomotor

Kemahiran berfikir:
Secara kreatif/lateral
secara krtis/analitis