Pages

Saturday 3 December 2011

Pembelajaran kooperatif


                 Apa yang penting??kerjasama!!!!




Prinsip pembelajaran kooperatif

  • saling bergantungan antara satu sama lain dalam mencapai  matlamat
  • interaksi(duduk berdekatan dan saling berbincang)
  • melakukan penilaian keatas pencapaian kumpulan;sejauh mana tahap pengetahuan
  • akauntabiliti-bertanggungjawab ke atas diri sendiri terhadap apa yang dipelajari
  • kemahiran kooperatif-kemahiran sosial(setiap orang aktif bekerjasama)

Terdapat 6 teknik dalam pembelajaran kooperatif:

  • JIGSAW
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (kumpulan asal).Kemudian setiap ahli dalam kumpulan asal masuk ke kumpulan pakar untuk berbincang dan mencari maklumat tentang topik masing-masing. seterusnya, balik semula ke kumpulan asal tadi untuk memberitahu tentang maklumat yang mereka peroleh daripada kumpulan pakar tadi.
  • STAD-student team achivement division
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan berbincang tentang topik yang diberi. Semasa perbincangan ini,pelajar yang telah faham dan menguasai topik tersebut mengajar rakannya yang belum faham.Seterusnya, kuiz dilakukan untuk mengetahui dan menguji kefahaman pelajar
  • GI-group investigation
Teknik ini lebih  menekankan kepada aktiviti penyiasatan secara berkumpulan iaitu melakukan eksperimen 
  • TGI- team games tournament
Teknik ini lebih menjurus kepada pemerolehan skor oleh pelajar.Pelajar akan bertanding dalam satu permainan untuk mendapatkan skor.Pembahagian kumpulan seperti dalam teknik JIGSAW. Perbezaannya ialah teknik ini menghendaki pelajar bertanding dalam satu pertandingan contohnya seperti kuiz semasa berada di kumpulan pakar.Kemudian,keseluruhan skor untuk setiap kumpulan dikira hasil daripada skor yang diperoleh oleh setiap ahli semasa bertanding d kumpulanpakar tadi.  
  • TAI- team accelerated instruction
Teknik ini sama seperti teknik STAD
  • Numbered head together
Teknik ni sama seperti teknik JIGSAW.Pembahagian kumpulan seperti teknik JIGSAW iaitu ada kumpulan asal dan kumpulan pakar. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan ialah lebih kepada soalan. Setiap ahli  dalam kumpulan akan menjelaskan jawapan kepada kumpulan asal setelah berada dalam kumpulan pakar tadi. Oleh itu,  setiap ahli dalam kumpulan asal dapat mengetahui  semua jawapan kepada setiap  soalan yang diberikan.Perbezaannya, guru akan tanya soalan kepada pelajar di akhir perbincangan.Guru akan menanyakan soalan no 1 kepada pelajar yang mencari maklumat tentang soalan no 2  semasa di kumpulan pakar.

No comments:

Post a Comment