
Tajuk perdebatan tersebut ialah relevankah pembinaan loji nuklear di Malaysia. Pihak kerajaan dan pihak pembangkang telah mengusulkan fakta masing-masing.Pelbagai isu hangat dan semasa didebatkan dalam pertandingan ini.Perdebatan menjadi begitu hangat.Tambahan pula,wakil debat untuk setiap kumpulan menyusulkan usul mereka dengan yakin sekali. Setelah itu, kami dibenarkan menanyakan soalan kepada pihak pembangkang dan kerajaaan. Perdebatan ini berlangsung lebih kurang dua jam setengah.
Akhir sekali,pensyarah kami iaitu Dr Nurulhuda memberikan komen beliau terhadap pertandingan ini.Beliau berpendapat,pihak kerajaan kurang mengusulkan tentang teknologi dan kepakaran yang digunakan dalam menjamin keselamatan orang ramai.Sedangkan isu keselamatan merupakan isu hangat yang menyebabkan orang ramai menentang pembinaan loji nuklear ini.Namun begitu, saya berasa amat berpuas hati dengan pertandingan debat ini.
Bersamaan 4 oktober iaitu hari isnin, kami meneruskan project base learning tersebut dengan menjalankan seminar yang bertajuk relevankah Malaysia dan nuklear.seminar tersebut diadakan di auditorium utama semua warga upsi dan pelajar sekolah di beberapa buah sekolah dijemput untuk menghadiri seminar tesebut.kami telah menubuhkan jawatankuasa khas dalam menjayakan seminar ini dengan lancar. Kami telah menjemput wakil daripada agensi nuclear Malaysia untuk memberi ceramah di seminar ini. Selain daripada itu, kami turut membentangkan hasil kajian kami tentang relevankan loji nukear dibina di Malaysia di dalam seminar ini daripada setiap kumpulan. Seminar ini berlangsung dengan jayanya.
terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan projek base learning ni dengan jayanya
No comments:
Post a Comment